e-PSM
Pengumuman/Notis
PELAKSANAAN LNPT MELALUI SISTEM EPSM TAHUN 2024 BAGI ANGGOTA PROJEK FAMA
12/11/2024 09:01

Dimaklumkan bahawa Anggota Projek FAMA perlu mengisi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melalui sistem ePSM (https://epsm.fama.gov.my/login) bagi tahun 2024. Pihak pengurusan di Bahagian/Negeri adalah bertanggungjawab dalam memastikan Anggota Projek di bawah seliaan tuan/puan mengemaskini penetapan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) mengikut tarikh pelaksanaan LNPT yang ditetapkan bermula dari 11 November 2024 sehingga 25 November 2024.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Perkhidmatan Kontrak/Projek di talian 03-61262020 ext: 2300/2096/2341 atau boleh melalui Helpdesk PSM FAMA (Pelantikan Kontrak, Anggota Projek FAMA dan Pekerja Upahan)

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/ puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


PEMAKLUMAN PENAMBAHBAIKAN CUTI BERSALIN DAN CUTI PATERNITI (CUTI ISTERI BERSALIN) KEPADA ANGGOTA PROJEK FAMA
16/10/2023 12:25

Dimaklumkan bahawa kelayakan baharu bagi Kemudahan Cuti Bersalin bagi kakitangan Anggota Projek FAMA daripada 300 hari kepada 360 hari untuk 5 orang anak. Anggota Projek boleh memilih antara 60 hari atau 90 hari untuk kelayakan Cuti Bersalin dan layak untuk mendapat gaji penuh.

Selain itu, Kemudahan Cuti Ehsan iaitu (kelahiran anak untuk anggota lelaki) daripada 3 hari kepada 7 Hari terhad kepada 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan. Cuti Paterniti ini adalah Cuti Tanpa Rekod dan Anggota Projek FAMA layak mendapat Elaun Kedatangan penuh.

Sebarang pertanyaan dan maklumat berkaitan penambaikan Cuti Bersalin dan Cuti Paterniti ini, Tuan/ Puan boleh dimajukan ke Sistem Helpdesk PSM di pautan https://helpdeskpsm.fama.gov.my/psmdesk.

Bahagian PSM amat berharap agar sistem ini memberi manfaat kepada semua pengguna dan mencapai hasrat Bahagian ini dalam memberikan perkhidmatan yang lebih efektif dan efisien khususnya kepada Anggota Projek FAMA.

Sekian, terima kasih.


Pelaksanaan Sistem Permohonan Pertukaran (ePSM)
22/08/2022 07:55

Dimaklumkan bahawa Sistem Permohonan Pertukaran (ePSM) telah diaktifkan berkuat kuasa mulai 15 Ogos 2022 bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) kepada Warga FAMA amnya. Sistem ini boleh diakses melalui Extranet FAMA atau melalui pautan berikut https://epsm.fama.gov.my/ .

Sebarang pertanyaan dan informasi berkaitan Sistem Permohonan Pertukaran (ePSM) ini, YBhg. Dato'/ Tuan/ Puan boleh dimajukan ke Sistem Helpdesk PSM atau pautan https://helpdeskpsm.fama.gov.my/psmdesk.

Bahagian PSM amat berharap agar sistem ini memberi manfaat kepada semua pengguna dan mencapai hasrat Bahagian ini dalam memberikan perkhidmatan yang lebih efektif dan efisien khususnya kepada Warga FAMA yang dikasihi.

Sekian, terima kasih.


Login Kakitangan FAMA

Login Tanpa SSO